Ahad, 28 September 2014

Diari Rock Melon

UPM SERDANG
BACELOR SAINS HORTIKULTUR

minggu pertama
-12 sept 2014-
bermulalah kehidupan sebagai pelajar a.k.a petani berjaya ( insha allah). saya membuat penanaman rock melon atau melon variati glamour. sebagai permulaan membuat penyediaan kawasan dimana batas dibahagi kepada 8 setiap kumpulan. ukuran 11m X 1.2 m pada setiap batas.

-19 sept 2014-
saya dan ahli kumpulan lain membuat batas pada ukuran yang sudah ditetapkan. ahli yang lain melakukan semaian biji benih sebanyak 104 biji benih dalam satu tray tanaman. selesai membuat batas, kami membuat sungkupan menggunakan silver shine. ia bertujuan untuk mengelakkan pertumbuhan rumpai di atas batas dan juga mengelakkan batas terlalu cepat menjadi kering disebabkan faktor cuaca yang panas. silver shine digunakan adalah ukuran 1.2mx??m..(hehe maap terlupa) 

-21  sept 2014-
membuat pembajaan dengan menggunakan baja tahi ayam yang telah diproses. lubang dilakukan sebanyak 10 lubang setiap batas dengan jarak 1 m antara lubang. kemudian baru diletak baja setiap lubang. 

-26 sept 2014-
biji benih yang disemai tidak cambah sepenuhnya. hanya 98 daripda 104 biji benih sahaja berjaya bercambah sepenuhnya.